Wednesday, 20 April 2016

SURAYA…AROMAMU MENGUJAKAN.




Gunung Bromo

 “Selamat datang ke Suroboyo”, bilang Pak Udin sewaktu menyambut kedatangan kami di Lapangan Terbang Juanda,Surabaya. Hehe..terserlah Kejawaannya. (saya suka Orang Jawa). Kali ini saya membawa anak kedua Aisyah Nabilla mengembara ke Surabaya. Turut bersama ialah kak Zainab Tan dan Kak Dalia dari Raub.



Pak Udin, tour guide kami


Surabaya merupakan kota tertua di Indonesia kerana berusia lebih 722 tahun. Kota Surabaya adalah kota kedua terbesar selepas Jakarta. Majoriti penduduk di sini ialah Orang Jawa yang beragama Islam.

Suro bermaksud ikan Yu, manakala Boyo pula ialah Buaya. Suroboyo terlahir daripada gabungan dua ekor binatang iaitu ikan Yu dan Buaya yang bertarung. Dalam pertarungan tersebut, Sang Buaya mengalami kekalahan manakala ikan Yu menang. Suroboyo membawa simbol kehidupan dan kematian. Kehidupan dilambangkan melalui kemenangan ikan Yu. Kematian pula melalui kekalahan Buaya. (demikianlah cerita legenda tentang nama Suroboyo yang diperihalkan oleh Pak Udin.

Pertarungan antara ikan Yu dan Sang Buaya
           
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Juanda pada jam 11.25 pagi. Destinasi pertama kami ialah Restoran. Subhanallah! Makanannya tersusun penuh di atas meja daan sungguh sedap. Usai makan, kami meneruskan perjalanan ke hotel yang mengambil masa lebih tiga jam. Di sepanjang perjalanan sebelum sampai ke hotel, banyak sekali kelihatan pokok Harumanis , Mangga  serta Pauh. Kami singgah di sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis mangga dengan harga yang sungguh murah.

                                                            

Alat Penimbang Buah yang klasik












Harumanis yang sangat manis di sepanjang perjalanan


               Kami check-in di Hotel Nadia di perkampungan Sapikeker.  Ingatan saya terimbau Kundasang, Sabah kerana cuacanya yang agak dingin, serta kawasannya yang berbukit-bukau. (mentel jap)








Kami diingatkan oleh Pak Udin agak bangun awal pada jam 2.00 pagi. So, aktiviti kami petang ini ialah makan, rehat dan tidur saja.
      


SELAMAT MALAM SAPIKEKER  -

**************************************************************************

DAY 2 AT SURABAYA


Menaiki jeep ke Gunung Bromo

         Tepat jam 3.00 pagi, kami dibawa menaiki jeep Bromo Area. Masya Allah, cekap sekali Pak Supir ini memandu jeep melalui jalan yang berbukit-bukit dan sempit. Ada berpuluh-puluh lagi jeep membawa penumpang untuk ke Mount Bromo. Tidak kurang juga motosikal persendirian yang mengangkut penumpang. Memang meriah pemandangan pada waktu dinihari itu.


Kami ke sebuah gerai untuk mengalas perut. Cukuplah sekadar white coffee dan sekeping goreng pisang. Subhanallah, meriahnya kawasan ini dengan para pelancong sama ada pelancong tempatan dan luar Negara, juga orang tempatan yang mengambil peluang berniaga pelbagai jenis makanan, tshirt, makanan, menyewa baju sejuk, cenderamata dan sebagainya. Gembira betul saya mengharung pagi yang dingin dan angin yang kuat.


Mengeteh dulu 




Kami solat Subuh di sebuah musolla sebelum memanjat tangga ke Gunung Penanjak untuk menikmati panorama matahari terbit. Dari Gunung Penanjak ini, kami dapat melihat Gunung Bromo dan Gunung Mahameru.


Subhanallah! Lautan manusa di sini dengan tujuan yang sama, menikmati kebesaran Illahi. Tidak terucap dengan kata-kata! Biarlah gambar sahaja yang berbicara. Saya kongsikan gambar-gambar yang sempat saya snap kot-kot ada insan terinspirasi untuk pergi.

Menikmati pemandangan matahari terbit






Dalam pejalanan ke Mount Bromo, kami merentasi lautan pasir menaiki jeep. Debu-debu halus berterbangan ke udara, saya seolah-olah berada di gurun pasir kat Afrika (berangan dulu, nanti Insha Allah sampai). Kuda-kuda sudah menanti unttuk membawa kami ke kaki gunung Bromo. Inilah masa yang ditunggu-tunggu Aisyah yang sememangnya dari rumah lagi teruja untuk berkuda.



Kami dibawa menunggang kuda ke kaki Gunung Bromo. Subhanallah, sayupnya anak tangga untuk mendaki ke puncak sana. Termenung juga saya sama ada nak panjat 243 mata anak tangga yang curam itu atau pun tidak.

Termenung jap memikirkan tangga ni!


Alang-alang dah sampai, rugi kalau tak naik. Aisyah dah berlari-lari menaiki anak tangga. Saya pulak terkial-kila dengan lutut yang dah dua kali operate…baru sepuluh mata tangga, dah tercungap-cungap. Masya Allah! Saya mencabar diri sendiri untuk memanjat naik



Akhirnya dengan kepayahan dan kekuatan mental, sampai juga cik Tun yang separa OKU ini ke atas. Ngeri tak terkata melihat kawah gunung berapi yang mengelegak bunyinya. Ditambah bau busuk belerang yang memualkan. Dalam hati terdetik kedahsyatan api neraka. Ini baru di atas dunia, sudah terasa kegerunannya. Masha Allah! Hati dipagut rasa gerun dan insaf.






Kami pulang ke hotel untuk sarapan pagi, tidur dan berehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya.
Pemandangan sewaktu turun dari Gunung Broga
*************************************************************

Tepat jam 10.00 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Ladang Epal Malang. Dari Hotel Nadia ke sini mengambil masa kira-kira tiga jam. Kami semua tidur lagi di dalam van  kerana keletihan.

Sesampainya di Ladang Epal, Malang, hati berbunga riang. Rasa macam berada kat Europe dah. Di Ladang Mardi, Cameron Highlands, ada juga ditanam epal, tapi saya belum pernah melihat buahnya. Kota ini tidaklah sesejuk mana, barangkali tanahnya sesuai untuk tumbesaran epal.














Konsep ladang ini ialah apabila masuk ke sini, makanlah seberapa banyak epal yang kita mampu.  Kalau mahu memetik epal, nanti akan ditimbang untuk menentukan harganya. Saya tak mahu berjalan terlalu jauh, bimbang sesat di dalam rimbunan pohon epal. Kami berlegar-legar di kawasan berdekatan saja. Itu pun dah cukup puas memakan epal yang kecil-kecil bewarna hijau.



Kreatif sungguh penduduk di sini. Segala tanaman yang ada dijadikan kerepek yang sangat sedap. Ada kerepek nangka, epal, strawberry, buah naga, anggur dan macam-macam lagi. Saya sempat membeli beberapa bungkus kerepek untuk dibawa pulang.

Aneka kerepek daripada pelbagai buah-buahan

Setelah puas di ladang epal, kami dibawa ke Masjid Muhammad Cheng Ho, Surabaya untuk bersolat. Uniknya masjid ini adalah kerana seni binanya. Pada tahun 1961, seorang ulama besar dan cendekiawan Islam terkemuka Indonesia iaitu Buya Haji Hamka pernah menulis:

“Seorang Musim dari China yang amat erat kaitannya dengan kemajuan dan perkembangan agama Islam di Indonesia dan Melayu adalah Laksamana  Cheng Hoo (Zheng He)”

Alhamdulillah, berpeluang solat di sini

Seterusnya kami ke Toko Mitra Kerupuk Udang Sidorajo. Pelbagai jenis keropok dijual di sini, namun saya hanya membeli ikan kering  bersama sos kicap yang dibungkus di dalam kotak yang cantik cara packingnya.




Usai makan malam, kami pulang ke hotel untuk istirahat.








Nanti sambung yer!





0 comments:

Post a Comment